Sabtu, 28 Julai 2012

Rezeki di bulan Ramadan..

Hari Puasa ke-8
Bujuk bersaiz besar berjaya dinaikan yang panjang nya mencecah 13sm

berat mencecah 500gm



Hari puasa ke-9



Sabtu, 21 Julai 2012

PETUA DAN TIP MEMANCING (UDANG & IKAN)

PETUA DAN TIP MEMANCING (UDANG & IKAN)

    

Maksud Petua
Petua ialah satu kaedah, amalan, perbuatan yang bertujuan lazimnya untuk satu maksud dan tujuan tertentu supaya ianya memberi faedah yang bersesuaian dengan maksud dan tujuan dimana ianya belum dapat di huraikan secara ilmiah. Biasanya ia bersumber dari pengalaman, ilham dan penyampain dari mulut ke mulut. Oleh yang demikian ia hanyalah sekadar satu usaha dan panduan untuk tujuan tertentu disamping melakukan usaha yang sebaiknya.

Petua Utama
Sebagai orang islam pastikan urusan berkaitan tuntutan Islam (dunia & akhirat) diutamakan dan dibereskan dahulu seperti ibadah, keluarga dan sebagainya. Pastikan keluar rumah bermula dengan Bismilah, Selawat, langkah kanan dan sebagainya. Sebagai tambahan, aktiviti memancing tidak memberi kesan yang negatif seperti pembaziran wang, masa, kelalaian dan musababnegatif yang lain.

Petua BesarHaruslah kita mengetahui kehidupan dalam air boleh berkomunikasi dengan manusia. Sebab itulah ramai dikalangan orang Cina dan Barat banyak meluahkan masalah mereka dengan berkomunikasi secara abstrak melalui hobi membela hidupan air di akuarium yang dihias indah. Apa yang ingin disampaikan disini ialah untuk membuat komunikasi yang berkesan ialah kita mesti dalam keadaan hati yang bersih, tenang, gembira, damai, aman, komitmen dan sabar dimana ia dapat menarik perhatian hidupan air berpihak kepada kita dan klimaknya, kita boleh seru supaya makan umpan joran kita. Selamat mencuba.

Nota : Jagalah baik-baik petua besar ini

Petua 'Wajib'
Belajar kaedah berkaitan memancing seperti pemilihan joran, saiz tali/mata kail, kaedah menyimpul dan mengikat dan yang utama kaedah menyentap dan melayan udang.

Keluar Rumah
Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing.

Posisi Memancing
Duduklah dengan sopan dan mengadap kiblat. Pesan orang tua-tua kita ikut je la.

Jangan Bercakap-cakap
Ini adalah pesanan orang tua-tua dahulu kalau memancing janganlah bercakap-cakap melainkan kata-kata yang berfaedah sahaja. Perkara yang baik dan berfaedah semua makhluk suka (termasuk udang).

Kata-kata Adalah DoaOleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa).

Jaga Adab
Janganlah menyumpah-nyumpah dan marah-marah sebab tak dapat hasil dan sebagainya. Semua makhluk akan lari (termasuk udang).

Hormatilah Udang
Janganlah dicampak-campak dan yang seumpamanya, kemungkinan susah nak dapat udang pada masa akan datang.

Jangan Tertipu
Pancing punyalah lama sekali dapat anak udang pulak tu. Jangan marah-marah, lepaskan udang tu balik ataupun bawa balik seperti biasa. Mungkin dihantarnya cucunya dahulu dan kemudian barulah yang 'bapak-bapak'. Jangan tertipu……

Udang Galah vs Buaya - Keselamatan
Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-bauan berasaskan daging. Paling penting mulut jangan celupar dan menyebut nyebut nama buaya kerana ia akan bergerak kearah kita (rujuk Petua Besar).

Arah Angin
Kebiasaan hidupan akan bergerak mengikut arah angin, maka carilah tempat di tepian akhir mengikut arah angin. Kalau kita menongkah arah susah jadinya.

Ayam Jantan Mencari Makan
Perasan tak kat kampung kalau ayam jantan nak 'tackle' ayam betina, dia buat kuis-kuis tanah sambil berbunyi macamlah ada makanan kat situ dan lepas tu ayam betina pun datang. Perhatikan jika ayam jantan terkuis ranting-ranting kayu maka ambillah dan lekatkan pada joran pancing dan sematkan dalam hati yang bermaksud macamana ayam betina tu datang macamtulah udang/ikan tu datang pada kita.

HujanHujan mengakibatkan air keroh (sungai) dan mengubah ekologi kehidupan dan ini mengakibatkan hidupan berubah dan pandangan mata terhadap umpan adalah kurang. Oleh yang demikian tunggulah cuaca yang sesuai untuk memancing.

PerumpunPotong dahulu dari arah ekor barulah ke kepala dan umpan boleh hidup lebih lama.

Lubuk (Udang)
Hasil kajian udang gemar berada secara berkumpulan, oleh yang demikian jika tiada sentuhan dan jamahan umpan hendaklah kita kerap bergerak mencari lubuk ia berkumpul. Sebab itulah kita nampak orang lain asyik mengena je dan kita asyik menjeling je. Sampai satu masa kelompok udang habis maka kenalah cari lubuk baru.

Meletak umpanHasil kajian juga udang bergerak merayap-rayap di dasar air untuk mencari makanan, maka sesuaikanlah mata kail supaya ia berada didasar air.

Aroma UmpanJangan basuh tangan selepas memasang umpan (cacing, perumpun) kerana ia mempengaruhi kadar kehilangan bau-bauan yang boleh menarik perhatian udang/ikan.

Air Sejuk
Air yang sejuk membuatkan hidupan air tidak aktif. Keadaan begini selalunya dipengaruhi oleh hujan dan mendung lalu mempengaruhi suhu air di kolam ataupun sungai dan laut. Untuk mengetahui suhu air lontarkan batu ladung ke dasar air dan biarkan selama beberapa minit dan ambil batu ladung dan rasa, jika batu ladung sejuk adalah lebih baik batalkan saja niat memancing dan terus pergi ke Khulafa kena canai teh tarik.

Buih-Buih KecilPerhatikan buih-buih kecil yang dikeluarkan oleh udang, jika ada maka letaklah joran anda disitu. Bagi kolam dalam bangunan kedai banyak buih dari paip-paip angin, maka kena pilih buih betul-betul dari udang.

Makanan UdangUdang memakan daging-daging lembut seperti cacing, perumpun, hati ayam dan serangga-serangga seperti cengkerik dan sebagainya. Maka bolehlah kita menggunakan umpan yang menjimatkan kos.

Umpan Istimewa1Ambil parut kelapa yang belum dibuang santan dan goreng tanpa minyak (macam kerisek) dan beri makan pada cacing tanah. Setelah cacing gemuk kekenyangan ambillah buat umpan. Aroma kelapa dan daging lembut cacing pasti menawan udang. Selamat mencuba.

Umpan Istimewa2Bahan-bahannya, belacan dan jantung ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Caranya, bakar belacan sehingga kering dan tidak hangus dan hancurkan. Gaulkan belacan yang hancur dengan dengan jantung ayam yang sudah dipotong-potong dengan sedikit air dan peramkan dalam peti ais di ruangan sayur-sayuran selama 5 ke 7 hari dan barulah gunakan sebagai umpan.


Petua Orang Muda

Udang Tak Aktif1
Bagi penggemar memancing udang harimau di dalam kolam kedai. Udang tak aktif biasanya di sebabkan air sejuk yang berpunca dari hujan, waktu malam, pagi dan sebagainya. Udang tak aktif menyebabkan ia akan mendiamkan diri dan kitalah yang kena rajin mencari... sampai bila, tak tahan den nak pusing. Senang je, suruh tokeh kedai pasang lagu kuat-kuat pasti udang tu terkejut dan mulalah ia bergerak. Kalau tak percaya cuba try test. Penulis dah test...betul.

Udang Tak Aktif2
Suruh tokeh tu kacau air kolam.

PenutupPetua dan tip adalah satu usaha supaya kita mendapat hasil yang dikehendaki, oleh yang demikian kita kenalah bertawakal setelah berusaha kerana kepada Allah kita berserah dan Allah jua menentukan segalanya. Berdasarkan pengalaman penulis bersama rakan-rakan biasanya faktor umpan adalah yang perlu diberi lebih perhatian disamping petua-petua dan tip-tip yang diberikan.

AKAN DATANG
Petua menggunakan gerak langkah nafas
Petua menggunakan kaedah numerologi Tajul Muluk
Petua menggunakan kaedah aura warna
Petua mencipta mentera (affirmation/suggestion)
Kaedah membuat joran sendiri dari buloh betong (sedang diusahakan)
Kaedah Hukum Tarikan (Law of attraction)
Latihan menyeru (udang..)

TIDAK DIBINCANGKAN SECARA TERBUKAPetua hebat kita selalu dapat (ada rezeki dapatlah petua tu…)
Petua hebat orang lain selalu tak dapat (jika perlu…)
Doa berkaitan hidupan air
Mencari lubuk menggunakan batu kristal

PERHATIAN
SEMBANG PANCING ADALAH PANDANGAN DAN NUKILAN PENULIS HASIL DARI PENGALAMAN SENDIRI DAN PERGAULAN BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN IANYA ADALAH UNTUK TUJUAN BERKONGSI IDEA DAN AKTIVITI SANTAI BERKENAAN PERKARA YANG DIBINCANGKAN.
Sekian

Selasa, 10 Julai 2012

Ahad, 8 Julai 2012