Selasa, 18 Februari 2014

SETELAH 6 BULAN MENYEPI

Setelah 6 bulan menyepi tanpa berita dan dah naik bersawang blog aku kerana terlalu lama tidak di update. Ini kerana kekangan masa dan sibuk menguruskan rumah-tangga hingga masa teluang dihabiskan bersama keluarga tercinta. Sepanjang tempoh menyepi beberapa kali juga aku sempat melabuhkan joran aku di sekitar kawasan kuching dan sibu. Hanya aku tiada kesempatan untuk mencoret dan berkongsi aksi gambar yang aku perolehi kepada pembaca.

Banyak juga hasil yang aku perolehi dengan kata tidak lah kumpaw sepanjang turun ke lokasi. Beberapa gambar sempat ku ambil sebagai kenang-kenangan dan menjadi bukti pejuangan aku harungi dalam dunia memancing  ini masih lagi berjalan dan tidak terhenti di sini sahaja...terbaik word tok..hahaha...

Disini aku sematkan beberapa gambar yang aku ambil pada minggu lalu di sekitar kawasan sibu dan menjadi detik permulaaan pengupdatetan blog aku bagi tahun 2014 ^^v.......

                                                 
1st haruan / belao bagi tahun 2014                                                 
Berat 0.50kg
1st bujuk bagi tahun 2014
posing sikit
                                                
Antara bujuk paling berat pada tahun pembukaan ini 0.54kg
Seekor lagi bujuk tewas 
Berat antara 0.30kg
Hasil yang ke-4 
Tiny Frog aku di telan habis
                                                
Dengan berat mengagumkan 0.69kg memberi aksi tarikan yang hebat 
Ini adalah salah satu tempat didaerah sibu, lokasi di laluan ke kelab golf sibu
3 jenis warna soft frog yang aku guna dalam aksi menjerat haruan dan bujuk

Ini sahaja yang dapat aku kongsikan sepanjang aku beraksi menjerat haruan dan bujuk di daerah sibu dan juga aksi pembukaan pada tahun 2014 ini. Banyak lagi aksi pancingan dasar, muara, laut dan sungai yang akan aku kongsikan kepada pembaca pada cacatan yang akan datang. sekian TQ....





Jumaat, 28 Jun 2013

BOAT SEWA DI JETI SEMARIANG KUCHING SARAWAK

Salam kepada pembaca yang dihargai, sudah bosan memancing di tebing sungai, jeti, jambatan dan muara2. Ingin beralih ke laut dalam untuk memecah rekod peribadi dan hasil lumayan. Disini aku ingin berkongsi lokasi boat yang tuan boleh sewa di sekitar kawasan kuching sarawak. Kepada kaki2 pancing laut dalam yang ingin keluar memancing dan memerlukan perkhidmatan boat, bolehlah menggunakan perkhidmatan boat yang akan aku kongsi ini. Disini aku sertakan serba sedikit maklumat bagi memudahkan tuan berhubung:- 


Tekong boat:- Ajis bin sarip
No. Telefon:- 013-8114236
Lokasi boat:- Jeti semariang
Muatan:- 10 - 12 orang pemancing
Kemudahan2 lain:- Tempat tidur, tempat mandi, jamban, makan dan ais mengikut pakej & bajet yang tuan inginkan.

Dibawah aku sertakan sekali gambar dan kadar harga sewaan mengikut lokasi yang ingin ditujui.

 Harga yang berpatutan
 Belakang kapal yang luas

Sekian, sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang. Majulah sukan memancing untuk kaki pancing negara ^^v.

Khamis, 27 Jun 2013

Seluruh Serawak Terputus Bekalan Elektrik

Jam 1740 petang  asik aku bermain ping-pong tiba-tiba lampu terpadam. Permainan terpaksa ditunda kerana keadaan terlalu gelap, Isteri di rumah turut memaklumkan bekalan elektrik di rumah juga terputus. Usaha diteruskan untuk mengetahui punca masalah ini belaku. Gambar dibawah adalah salah satu stesen minyak petronas di kawasan sibu yang mengalami masalah sama.

Stesen minyak petronas di kawasan sibu

Ini adalah atikel yang aku cedok di NEWS ABN:-
Seluruh negeri Sarawak mengalami masalah bekalan elektrik terputus bermula pada jam 5.40 petang tadi.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa kawasan terutamanya di kawasan bandar.
Malah keadaan itu juga turut menjejaskan operasi di banyak premis perniagaan serta kilang-kilang di seluruh negeri itu.
Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Rabu, 24 April 2013

PERTANDINGAN MEMANCING DI HOSPITAL SIBU

Assalammualaikum,

Pada 8 Disember 2012 tahun yang lalu Hospital Sibu di sarawak telah mengadakan pertandingan memancing anjuran kelab perubatan sibu sempena "FAMILY DAY". Terdapat banyak aturcara yang dijalankan seperti sukaneka, sesi karaoke, barbeque dan penyampaian insentif untuk pelajar cemerlang.

Berbalik kepada tujuan sebenar coretan aku ini adalah berkenaan pertandingan memancing yang telah diadakan pada tahun lepas. Coretan ini baru aku coret setelah sekian lama pertandingan diadakan atas sebab2 gambar yang baru diperolehi. Lokasi memancing yang diadakan adalah di tasik larangan memancing hospital sibu. Ini adalah tempat yang di tunggu selama ini. Niat untuk meneroka di tasik hospital sibu ini telah aku simpan daripada dulu lagi. Haruan sebesar betis orang dewasa pernah di jumpai semasa rondaan di buat di sekitar tasik.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, malangnya hujan telah turun sejak semalam lagi dan tiada tanda2 berhenti. Harapan untuk menerjah tasik larangan diteruskan demi hadiah daripada pihak penganjur...hahahahaha

Dibawah ada sedikit sebanyak gambar yang sempat aku ambil sepanjang aktiviti dijalankan.

                                             
Antara salah seorang peserta yang bertanding mengunakan kaedah casting

Walaupun hujan lebat masih ada lagi ikan haruan yang sudi menjamah 

hasil yang diperolehi dan keadaan tasik larangan yang di pancing

Hasil ke-3

Hasil ke-4

Ini adalah saiz ikan yang menjadi juara bagi kategori ikan terberat

Ikan juara dan ikan tempat ke-3

Salah seorang pemancing yang pulang dengan saguhati

Aku dengan hadiah tempat ke-3

Hasil peserta juara 

Pertandingan tamat pada jam 1400pm tetapi masih ada lagi peserta2 yang masih meneruskan aktiviti casting di setiap sudut tasik yang julung-julung kali di buka kepada kaki pemancing. Untuk makluman kepada pembaca tasik di dalam kawasan Hospital sibu adalah kawasan larangan memancing. Anda ditegah daripada memancing tanpa kebenaran pihak hospital. Sekian sahaja coretan aku pada pertandingan memancing di Tasik Hospital Sibu.


Ahad, 21 April 2013

Misi di sungai KANOWIT HARI pertama

Assalammualaikum dan salam bertemu lagi....
Pada 15 mac 2013 yang lalu aku bersama member aku http://pedangjoran.blogspot.com/ yang datang pulang ke kampung halaman isteri beliau di sibu sarawak. Peluang ini tidak aku lepaskan dengan membuat aktiviti memancing udang di sungai kanowit dan casting haruan pada sebelah petang dan pagi.


Kanowit adalah satu daerah kecil di negeri sarawak tapi menjanjikan hasil udang yang tidak diduga kepada kaki pancing. Udang-udang galah yang menetap di lubuk sekitar sungai kanowit akan keluar mencari makan bergantung kepada keadaan air sungai dan pasang surut air. Di bawah aku sematkan sedikit gambar hasil yang diperolehi sepanjang 2 hari memancing.


Ini adalah lesen pertama yang diperolehi dengan mendahului tuan rumah
Udang galah remaja yang tercundang
Hasil yang keberapa entah...
Lesen udang pertama aku dapat bagi tahun 2013
Muka ada senyum
Antara galah remaja yang dibawa naik
Saiz-saiz yang sedap di masukkan ke dalam mee maggi
Ini adalah antara hasil yang diperolehi pada hari pertama memancing

Misi di sungai kanowit pada hari pertama berjaya walaupun udang galah bersaiz besar gagal ditundukkan misi di teruskan pada coretan di post Misi di sungai KANOWIT HARI ke-2 selamat berjumpa lagi.

Rabu, 13 Februari 2013

TRIP MEMANCING DI PULAU SALAK


Salam kepada semua. Pada 11 februari 2013 semasa rakyat cina sibuk menyambut tahun baru aku bersama big bos (ayah) dan abang aku telah membuat trip untuk memancing di pulau salak yang berada di sungai santubong dan semariang sarawak. Umpan yang digunakan adalah anak udang hidup yang aku   tempah awal2 lagi.

Masa yang dijanjikan telah tiba, seawal 0800 pagi aku bersiap untuk berangkat ke jeti sungai semariang bagi menurunkan boat. Trip kali ini hampir gagal disebabkan air terlalu surut, boat tidak dapat dilabuhkan ke sungai. Trip ini ditunda ke jam 1300 petang sehingga air pasang.


Pejalanan mengambil masa 20 minit daripada pangkalan semariang ke pulau salak dengan mengunakan boat fiber sepanjang 17kaki dan engine mercury 15kuda.

Gambar di bawah adalah sedikit sebanyak hasil yang sempat aku sematkan dalam handphone aku walaupun bnyak lagi hasil yang diperolehi seperti ikan sembilang (gemang), buntal kuning, ikan lundu dan pari (cukak ). Paling banyak sekali yang sudi menjamah umpan adalah pari (cukak) sebanyak 11 ekor.

Lesen ikan laut pertama aku perolehi pada 2013 ikan gelama kuning.
Kerapu yang sempat di perolehi semasa hendak bertolak balik ke pangkalan semariang.

Kita orang bertolak balik setelah jam menunjukkan 1800 petang, walaupun hanya 4 jam aku melabuh joran, cukup meninggalkan kenangan manis dengan hasil yang tidak seberapa buat kaki pancing seperti aku. Sehingga bertemu kembali dengan trip yang lebih mencabar dan hasil yang terbaik...SEKIAN...



Ahad, 3 Februari 2013

SET PANCING HARUAN

Ini adalah set pancing baru aku yang kos nya dalam RM 115.00 target untuk pancing haruan dengan softfrog jenama surecast berharga RM 13.00
  1. Joran :- RM25.00
  2. Mesin Kekili :- RM 70.00
  3. Tali Benang Sulam :- RM 20.00


Jenama OFMER INFINITY
Kekuatan 6-15lb
SOFTFROG surecast
Mesin jenama OFMER 1000

Hasil dengan set baru aku...memang meletop walaupun hasil tidak mencecah 1kg. Lokasi memancing di sekitar kawasan sibu sarawak.