Pada 15 mac 2013 yang lalu aku bersama member aku http://pedangjoran.blogspot.com/ yang datang pulang ke kampung halaman isteri beliau di sibu sarawak. Peluang ini tidak aku lepaskan dengan membuat aktiviti memancing udang di sungai kanowit dan casting haruan pada sebelah petang dan pagi.
Kanowit adalah satu daerah kecil di negeri sarawak tapi menjanjikan hasil udang yang tidak diduga kepada kaki pancing. Udang-udang galah yang menetap di lubuk sekitar sungai kanowit akan keluar mencari makan bergantung kepada keadaan air sungai dan pasang surut air. Di bawah aku sematkan sedikit gambar hasil yang diperolehi sepanjang 2 hari memancing.
Ini adalah lesen pertama yang diperolehi dengan mendahului tuan rumah
Udang galah remaja yang tercundang
Hasil yang keberapa entah...
Lesen udang pertama aku dapat bagi tahun 2013
Muka ada senyum
Antara galah remaja yang dibawa naik
Saiz-saiz yang sedap di masukkan ke dalam mee maggi
Ini adalah antara hasil yang diperolehi pada hari pertama memancing
Misi di sungai kanowit pada hari pertama berjaya walaupun udang galah bersaiz besar gagal ditundukkan misi di teruskan pada coretan di post Misi di sungai KANOWIT HARI ke-2 selamat berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan