Assalammualaikum
dan salam sejahtera kepada pembaca yang di hormati,
Jam
menunjukan pukul 1600pm, niat di hati sudah berkobar untuk pergi memancing di
tempat yang ditetapkan. Motosikal dihidupkan dan aku meluncur laju memecah
angin dikala matahari mendung diseliputi awan yang bakal hujan pada petang itu.
Perjalanan mengambil masa 20minit daripada rumah ke lokasi yang ditujui. Tempat
yang di maksudkan adalah parit di sepanjang jalan besar menuju ke padang golf
SIBU SARAWAK.
Teknik yang
digunakan adalah menggunakan kaedah casting antara satu kaedah mudah bagi menjerat spises ikan berkepala ular @ Snakehead fish.
Ikan yang mendiami kawasan paya dan kepalanya berbentuk seperti kepala ular. Dari segi perubatan ikan ini banyak digunakan sebagai makanan untuk pesakit selepas menjalani pembedahan atau bersalin sebagai satu kaedah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

- Nama Umum - Snakehead Murrel
- Nama Saintifik - Channa Striata
- Nama Tempatan - Haruan

- Nama Umum - Forest Snakehead
- Nama Saintifik - Channa Lucius
- Nama Tempatan - Bujuk
Ikan yang mendiami kawasan paya dan kepalanya berbentuk seperti kepala ular. Dari segi perubatan ikan ini banyak digunakan sebagai makanan untuk pesakit selepas menjalani pembedahan atau bersalin sebagai satu kaedah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Peralatan
yang digunakan pada trip ini :-
Joran baitcasting VIPER MEMPHIS point
& precision tour edition (vm632mhfb)
Line wt 8-17lb.
Ini adalah mesin yang banyak berjasa buat aku menaikan spesis haruan dan bujuk di SIBU. Mesin yang digunakan bait casting
SURECATSH armatus 101 (578-ARM8101) dan braided line ASUKA pe jigger hg 15lb.
Katak yang digunakan TINY FROGGY
SURECATCH surebite weedless plus series. Warna dan katak yang paling mujarab
yang pernah aku gunakan untuk menjerat haruan dan bujuk sepanjang aku menceburi
dunia casting ini (2x haruan Berjaya dinaikan sepanjang tempoh 2 bln dan 6 kali trip dibuat TERBAIKKK.....).
Berbalik kepada cerita yang ingin
dikongsi, TINY FROGGY sudah pun bersiap
bersedia untuk dilontar ke lubuk yang dilihat begitu berpotensi dalam menaikan
haruan dan bujuk. Balingan pertama dibuat mendapat sambutan yang baik dengan strike!! dan mesin dikarau pantas namun pemangsa berjaya meloloskan diri ketika proses untuk membawa naik. Balingan kedua dan seterusnya juga hambar pada setiap kali strike dan sentapan dibuat pemangsa berjaya meloloskan diri.
Balingan diteruskan dengan mesin di
karau pelahan, selepas TINY FROGGY melalui
teratai, STRIKE!!! line meluncur laju keluar. Drag dikunci kuat dan mesin
di karau cepat bagi mengelakkan line kendur dan ikan berpeluang meloloskan
diri, tarikan demi tarikan dibuat sehingga pemangsa lemah dan akhirnya pemangsa berjaya di bawa naik dan ini hasil nya:-
Bujuk bersaiz mega yang berjaya dinaikan
dengan panjangnya mencecah 21cm dan berat 2kg rekod baru bagi pemancing casting
seperti aku dan pengalaman yang terbaik di sibu setakat coretan ini.
Disinilah lokasi iyang ingin aku
tunjukkan kepada pembaca ketika aku memprolehi STRIKE anak panah menunjukan
lokasi balingan dan strike pada penanta X. Air berwarna kehitaman namun jernih
sehingga menampakkan rumpai yang berada di dasar, ini kerana pemukaan dasar
bertanah gambut menyebabkan air berwarna kehitaman.
Spesis bujuk jarang sekali kita melihat bersaiz
besar dan berat mencecah 1kg dengan kepala lebih kurang sebesar penumbuk ini membuktikan tanah gambut di sibu berpontensi
membesarkan bujuk kepada saiz mega Wallahualam...
Ini adalah member aku yang bakal
menamatkan riwayat ikan ini untuk dijadikan lauk berbuka puasa petang itu,
sodap sehingga menjilat jari.
Kepada kaki casting haruan Sarawak yang
ingin mencoba nasib dan tarikkan spises ini di sibu boleh mencuba di parit2 dan
tasik2 yang terdapat di sibu yang terbukti berjaya menaikan ikan setiap kali
trip dilakukan. Sekian sampai disini coretan buat pembaca dan pemancing yang
baru lagi menjinak-jinakkan diri dalam dunia casting bagi tatapan pada masa datang
dan akhir kata “majulah sukan memancing untuk hobi tercinta”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan