Rabu, 1 Ogos 2012

WAKTU TERBAIK MEMANCING PANTAI


Assalammualaikum, di sini saya ingin berkongsi dengan ada berkenaan waktu terbaik memancing di pantai.
Ini adalah satu persoalan yang sangat sukar dipastikan jawapannya. Kata orang kalau dah rezeki tu bila-bila pun kita bleh dapat ikan.
Namun demikian, apa yang hendak dinyatakan adalah satu observersi sahaja.
Saya selalu memerhatikan setiap kali memancing di pantai di siang hari aktiviti gigitan hanyalah tertumpu kepada ikan-ikan yang lebih kecil seperti gelama, duri, smilang atau tuka. Apabila matahari mulai tegak gigitan lazimnya sangatlah kurang. Fenomena ini mungkin berlaku atas beberapa sebab. Terlalu banyak aktiviti pantai seperti orang bermain air yang mana kocakan menghantar vibrasi yang kuat kepada ikan maka mereka menjauhkan diri dari kawasan itu. Kemudian apabila kawasan tersebut sibuk dengan laluan bot, gigitan juga agak kurang.
Kenapa pulak jika waktu pertandingan ade yang mendapat ikan besar seperti pari? Teori saya begini:-
1. Tiada bot yang lalu lalang ketika pertandingan dijalankan.
2. Tiada aktiviti main air ketika itu.
3. bila ramai pemancing maka begitu banyaklah makanan (umpan) yang barangkali menarik perhatian ikan besar.
Saya telah cuba memancing di spot yang sama pertandingan memancing pantai yang mana pemenangnya mendapat ikan pari yang besar sehari selepas pertandingan dan di waktu yang sama tetapi gagal mendapat apa-apa ikan. Pada ketika itu juga bot-bot nelayan pantai yang semalam tiada lalu lalang tetapi menjadi aktif. Begitu juga dengan aktiviti orang bermain atau mandi manda di pantai. tetapi apabila malam tiba dan bila tiada lagi bot lalu lalang dan tiada aktiviti di gigi pantai, aktiviti gigitan bermula aktif. Lebih sunyi lebih berhasillah aktiviti memancing (lebih-lebih lagi di bulan gelap). Kalau kita memancing di tempat yang lebih terpencil, peluang untuk mendapat ikan yang lebih besar adalah lebih cerah. Kalau rajin berjaga sampai kedini hari lebih baik lah peluang mendapat pari yang besar seandainya waktu itu air mulai pasang atau beransur surut.
Jadi berdasarkan kepada observersi saya jarang sekali saya hendak memancing ketika tengahari kecualilah ketika bersantai berkelah dengan keluarga tanpa kesah samada ada gigitan atau tidak. Amat jarang saya mendapat tangkapan yang membanggakan di waktu sedemikian. lebih baik rehat dan simpan tenaga untuk memancing mulai pukul 5 atau 6 petang.
Selalunya saya perhatikan waktu yang agak memberangsangkan adalah antara pukul 7 pagi hingga 1o pagi dan diwaktu senja hingga ke dini hari. Ketika bulan gelap adalah masa yang selalunya menjanjikan hasil yang lebih lumayan.
Itu lah saja pengalaman yang hendak dikongsi. Ia hanyalah pengamatan dan pengalaman saya sahaja. Bukan satu teori yang sohih atau mantap. Saya pernah beberapa kali memancing di pantai Acheh di Pulau Indah selama 45 minit pada pukul 6 petang dan hasilnya antara 2-3 ekor smilang yang baik saiznya. Barangkali satu kebetulan. Tetapi saya telah memerhatikan waktu dan ketika dan saya sangat jarang sekali gagal mendapat smilang di kala itu.
Sekian. Semuga dapat dimanfaatkan untuk observersi tuan-tuan pula.

Tiada ulasan: