Rabu, 24 April 2013

PERTANDINGAN MEMANCING DI HOSPITAL SIBU

Assalammualaikum,

Pada 8 Disember 2012 tahun yang lalu Hospital Sibu di sarawak telah mengadakan pertandingan memancing anjuran kelab perubatan sibu sempena "FAMILY DAY". Terdapat banyak aturcara yang dijalankan seperti sukaneka, sesi karaoke, barbeque dan penyampaian insentif untuk pelajar cemerlang.

Berbalik kepada tujuan sebenar coretan aku ini adalah berkenaan pertandingan memancing yang telah diadakan pada tahun lepas. Coretan ini baru aku coret setelah sekian lama pertandingan diadakan atas sebab2 gambar yang baru diperolehi. Lokasi memancing yang diadakan adalah di tasik larangan memancing hospital sibu. Ini adalah tempat yang di tunggu selama ini. Niat untuk meneroka di tasik hospital sibu ini telah aku simpan daripada dulu lagi. Haruan sebesar betis orang dewasa pernah di jumpai semasa rondaan di buat di sekitar tasik.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, malangnya hujan telah turun sejak semalam lagi dan tiada tanda2 berhenti. Harapan untuk menerjah tasik larangan diteruskan demi hadiah daripada pihak penganjur...hahahahaha

Dibawah ada sedikit sebanyak gambar yang sempat aku ambil sepanjang aktiviti dijalankan.

                                             
Antara salah seorang peserta yang bertanding mengunakan kaedah casting

Walaupun hujan lebat masih ada lagi ikan haruan yang sudi menjamah 

hasil yang diperolehi dan keadaan tasik larangan yang di pancing

Hasil ke-3

Hasil ke-4

Ini adalah saiz ikan yang menjadi juara bagi kategori ikan terberat

Ikan juara dan ikan tempat ke-3

Salah seorang pemancing yang pulang dengan saguhati

Aku dengan hadiah tempat ke-3

Hasil peserta juara 

Pertandingan tamat pada jam 1400pm tetapi masih ada lagi peserta2 yang masih meneruskan aktiviti casting di setiap sudut tasik yang julung-julung kali di buka kepada kaki pemancing. Untuk makluman kepada pembaca tasik di dalam kawasan Hospital sibu adalah kawasan larangan memancing. Anda ditegah daripada memancing tanpa kebenaran pihak hospital. Sekian sahaja coretan aku pada pertandingan memancing di Tasik Hospital Sibu.


Ahad, 21 April 2013

Misi di sungai KANOWIT HARI pertama

Assalammualaikum dan salam bertemu lagi....
Pada 15 mac 2013 yang lalu aku bersama member aku http://pedangjoran.blogspot.com/ yang datang pulang ke kampung halaman isteri beliau di sibu sarawak. Peluang ini tidak aku lepaskan dengan membuat aktiviti memancing udang di sungai kanowit dan casting haruan pada sebelah petang dan pagi.


Kanowit adalah satu daerah kecil di negeri sarawak tapi menjanjikan hasil udang yang tidak diduga kepada kaki pancing. Udang-udang galah yang menetap di lubuk sekitar sungai kanowit akan keluar mencari makan bergantung kepada keadaan air sungai dan pasang surut air. Di bawah aku sematkan sedikit gambar hasil yang diperolehi sepanjang 2 hari memancing.


Ini adalah lesen pertama yang diperolehi dengan mendahului tuan rumah
Udang galah remaja yang tercundang
Hasil yang keberapa entah...
Lesen udang pertama aku dapat bagi tahun 2013
Muka ada senyum
Antara galah remaja yang dibawa naik
Saiz-saiz yang sedap di masukkan ke dalam mee maggi
Ini adalah antara hasil yang diperolehi pada hari pertama memancing

Misi di sungai kanowit pada hari pertama berjaya walaupun udang galah bersaiz besar gagal ditundukkan misi di teruskan pada coretan di post Misi di sungai KANOWIT HARI ke-2 selamat berjumpa lagi.

Rabu, 13 Februari 2013

TRIP MEMANCING DI PULAU SALAK


Salam kepada semua. Pada 11 februari 2013 semasa rakyat cina sibuk menyambut tahun baru aku bersama big bos (ayah) dan abang aku telah membuat trip untuk memancing di pulau salak yang berada di sungai santubong dan semariang sarawak. Umpan yang digunakan adalah anak udang hidup yang aku   tempah awal2 lagi.

Masa yang dijanjikan telah tiba, seawal 0800 pagi aku bersiap untuk berangkat ke jeti sungai semariang bagi menurunkan boat. Trip kali ini hampir gagal disebabkan air terlalu surut, boat tidak dapat dilabuhkan ke sungai. Trip ini ditunda ke jam 1300 petang sehingga air pasang.


Pejalanan mengambil masa 20 minit daripada pangkalan semariang ke pulau salak dengan mengunakan boat fiber sepanjang 17kaki dan engine mercury 15kuda.

Gambar di bawah adalah sedikit sebanyak hasil yang sempat aku sematkan dalam handphone aku walaupun bnyak lagi hasil yang diperolehi seperti ikan sembilang (gemang), buntal kuning, ikan lundu dan pari (cukak ). Paling banyak sekali yang sudi menjamah umpan adalah pari (cukak) sebanyak 11 ekor.

Lesen ikan laut pertama aku perolehi pada 2013 ikan gelama kuning.
Kerapu yang sempat di perolehi semasa hendak bertolak balik ke pangkalan semariang.

Kita orang bertolak balik setelah jam menunjukkan 1800 petang, walaupun hanya 4 jam aku melabuh joran, cukup meninggalkan kenangan manis dengan hasil yang tidak seberapa buat kaki pancing seperti aku. Sehingga bertemu kembali dengan trip yang lebih mencabar dan hasil yang terbaik...SEKIAN...



Ahad, 3 Februari 2013

SET PANCING HARUAN

Ini adalah set pancing baru aku yang kos nya dalam RM 115.00 target untuk pancing haruan dengan softfrog jenama surecast berharga RM 13.00
  1. Joran :- RM25.00
  2. Mesin Kekili :- RM 70.00
  3. Tali Benang Sulam :- RM 20.00


Jenama OFMER INFINITY
Kekuatan 6-15lb
SOFTFROG surecast
Mesin jenama OFMER 1000

Hasil dengan set baru aku...memang meletop walaupun hasil tidak mencecah 1kg. Lokasi memancing di sekitar kawasan sibu sarawak.






Isnin, 17 September 2012

LAGI - LAGI UDANG KANOWIT

Salam kepada semua pembaca yang dihargai. Selepas trip kali terakhir memancing udang galah pada hujung bulan jun 2012 aku berhenti agak lama memancing udang kerana keadaan hujan setiap minggu dan air naik tinggi. Pada hujung bulan 8 atau selepas menyambut HARI RAYA AIDILFITRI aku telah dijemput oleh member aku  ( http://pedangjoran.blogspot.com/ ) untuk turun ke kanowit untuk memancing udang setelah sekian lama tidak memancing.

Pada hari yang dijanjikan kita bertolak ke lokasi yang hendak dituju dengan mengunakan kereta perodua kembara yang mengambil masa selama 50minit dari sibu dan tiba pada jam 0815 malam. Joran siap sedia hendak belabuh ke lubuk yang biasa menaikan galah. Dalam beberapa minit member aku berhasil mendapatkan lisen di kanowit dan orang pertama yang menaikan udang pada malam itu. Joran beberapa kali disentap oleh sang galah (APEK) dan sering terjatuh semasa proses membawa naik. Keadaan berterusan sehinggalah lah hujan turun reyai2 dan air mula naik dari ulu sungai. Selepas itu sang udang mula menunjukkan minat memakan umpan kurang. 11 ekor udang berjaya dinaikan pada malam itu dengan saiz cukup2 dijadikan lauk.

XPDC diteruskan pada hari ke-2 dan ke-3 juga gagal menaikan galah yang diiginkan oleh setiap kaki pemancing.

Pada bulan 9 aku sekali lagi meneruskan misi ke kanowit kerana hujan tidak turun selama 1 minggu. Dengan menggunakan motosikal bersama 2 lagi rakan aku meluncur laju ke lokasi yang ditujui. Kelihatan kapal2 besar belabuh di kawasan jeti, dan harapan hampa mula kelihatan di setiap kawan2 aku. Misi tetap diteruskan dan kawan aku mula menaikan sang galah (APEK) dan diteruskan oleh aku menaikan sang galah yang hampir terjatuh semasa proses menaik.


Saiz yang didamkan oleh setiap pemancing yang panjangnya hampir sama dengan selipar saiz 8


Ini adalah Sang Galah (APEK) yang berjaya aku naikan.


Ini adalah hasil sepanjang aku memancing dengan 3 ekor ikan duri yang juga menjamah umpan cacing.


Setalah di masak, 1 mangkuk muat untuk 1 udang sahaja...hahahaha.. sodap sehingga menjilat jari.

UDANG GALAH TOMYAM
RESIPI MASAKAN :-

600 gram udang galah/udang lain
1 batang serai dititik
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan sos ikan
Pati Tomyam secukupnya
1 cawan air masak
Minyak masak untuk menumis

Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan pati tomyam dengan serai.
Masukkan air masak diikuti cili padi, daun limau purut, jus lemon dan sos ikan.
Biarkan seketika.

Masukkan udang galah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika hingga masak.
Hidangkan semasa panas.

SEKIAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENCUBA ^^v........






Ahad, 5 Ogos 2012

Kejadian Pelik Semasa Pergi Memancing

Assalammualaikum kepada pembaca...

Disini aku ingin berkongsi berkenaan adab, tingkah laku dan pantang larang semasa pergi memancing bagi mengelakkan pekara aneh yang tidak di ingini. Pada khamis lalu aku telah melihat satu aktikel di sebuah akbar UTUSAN BORNEO bertarikh 2 ogos 2012 menyatakan SEORANG LELAKI DIRASUK KETIKA MAMANCING DALAM SEMAK

Ini adalah gambar aktikel yang aku sempat ambil sebelum news paper itu dijadikan bahan untuk membungkus belacan. hahahaha.....


Bersama-samalah kita menjaga adab kita ketika berada di tempat yang kita sendiri tidak ketahui usulnya dan jangan pergi bersendirian. Kepada pembaca yang dihargai renung-renungkan dan selamat beramal.

Bujuk Terbaik Di Sibu


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang di hormati,

Jam menunjukan pukul 1600pm, niat di hati sudah berkobar untuk pergi memancing di tempat yang ditetapkan. Motosikal dihidupkan dan aku meluncur laju memecah angin dikala matahari mendung diseliputi awan yang bakal hujan pada petang itu. Perjalanan mengambil masa 20minit daripada rumah ke lokasi yang ditujui. Tempat yang di maksudkan adalah parit di sepanjang jalan besar menuju ke padang golf SIBU SARAWAK.

Teknik yang digunakan adalah menggunakan kaedah casting antara satu kaedah mudah bagi menjerat spises ikan berkepala ular @ Snakehead fish.
                        
        

  • Nama Umum - Snakehead Murrel
  • Nama Saintifik - Channa Striata
  • Nama Tempatan - Haruan
         
  • Nama Umum - Forest Snakehead 


  • Nama Saintifik - Channa Lucius
  • Nama Tempatan - Bujuk

Ikan yang mendiami kawasan paya dan kepalanya berbentuk seperti kepala ular. Dari segi perubatan ikan ini banyak digunakan sebagai makanan untuk pesakit selepas menjalani pembedahan atau bersalin sebagai satu kaedah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Peralatan yang digunakan pada trip ini :-


Joran baitcasting VIPER MEMPHIS point & precision tour edition (vm632mhfb)
 Line wt 8-17lb.


Ini adalah mesin yang banyak berjasa buat aku menaikan spesis haruan dan bujuk di SIBU. Mesin yang digunakan bait casting SURECATSH armatus 101 (578-ARM8101) dan braided line ASUKA pe jigger hg 15lb.


Katak yang digunakan TINY FROGGY SURECATCH surebite weedless plus series. Warna dan katak yang paling mujarab yang pernah aku gunakan untuk menjerat haruan dan bujuk sepanjang aku menceburi dunia casting ini (2x haruan Berjaya dinaikan sepanjang tempoh 2 bln dan 6 kali trip dibuat TERBAIKKK.....).

Berbalik kepada cerita yang ingin dikongsi, TINY FROGGY  sudah pun bersiap bersedia untuk dilontar ke lubuk yang dilihat begitu berpotensi dalam menaikan haruan dan bujuk. Balingan pertama dibuat mendapat sambutan yang baik dengan strike!! dan mesin dikarau pantas namun pemangsa berjaya meloloskan diri ketika proses untuk membawa naik. Balingan kedua dan seterusnya juga  hambar pada setiap kali strike dan sentapan dibuat pemangsa berjaya meloloskan diri.

Balingan diteruskan dengan mesin di karau pelahan, selepas TINY FROGGY melalui  teratai, STRIKE!!! line meluncur laju keluar. Drag dikunci kuat dan mesin di karau cepat bagi mengelakkan line kendur dan ikan berpeluang meloloskan diri, tarikan demi tarikan dibuat sehingga pemangsa lemah dan akhirnya pemangsa berjaya di bawa naik dan ini hasil nya:-

 
  

Bujuk bersaiz mega yang berjaya dinaikan dengan panjangnya mencecah 21cm dan berat 2kg rekod baru bagi pemancing casting seperti aku dan pengalaman yang terbaik di sibu setakat coretan ini.


Disinilah lokasi iyang ingin aku tunjukkan kepada pembaca ketika aku memprolehi STRIKE anak panah menunjukan lokasi balingan dan strike pada penanta X. Air berwarna kehitaman namun jernih sehingga menampakkan rumpai yang berada di dasar, ini kerana pemukaan dasar bertanah gambut menyebabkan air berwarna kehitaman.

  

Spesis bujuk jarang sekali kita melihat bersaiz besar dan berat mencecah 1kg dengan kepala lebih kurang sebesar penumbuk ini membuktikan tanah gambut di sibu berpontensi membesarkan bujuk kepada saiz mega Wallahualam...



Ini adalah member aku yang bakal menamatkan riwayat ikan ini untuk dijadikan lauk berbuka puasa petang itu, sodap sehingga menjilat jari.

Kepada kaki casting haruan Sarawak yang ingin mencoba nasib dan tarikkan spises ini di sibu boleh mencuba di parit2 dan tasik2 yang terdapat di sibu yang terbukti berjaya menaikan ikan setiap kali trip dilakukan. Sekian sampai disini coretan buat pembaca dan pemancing yang baru lagi menjinak-jinakkan diri dalam dunia casting bagi tatapan pada masa datang dan akhir kata “majulah sukan memancing untuk hobi tercinta”.