Khamis, 27 Jun 2013

Seluruh Serawak Terputus Bekalan Elektrik

Jam 1740 petang  asik aku bermain ping-pong tiba-tiba lampu terpadam. Permainan terpaksa ditunda kerana keadaan terlalu gelap, Isteri di rumah turut memaklumkan bekalan elektrik di rumah juga terputus. Usaha diteruskan untuk mengetahui punca masalah ini belaku. Gambar dibawah adalah salah satu stesen minyak petronas di kawasan sibu yang mengalami masalah sama.

Stesen minyak petronas di kawasan sibu

Ini adalah atikel yang aku cedok di NEWS ABN:-
Seluruh negeri Sarawak mengalami masalah bekalan elektrik terputus bermula pada jam 5.40 petang tadi.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa kawasan terutamanya di kawasan bandar.
Malah keadaan itu juga turut menjejaskan operasi di banyak premis perniagaan serta kilang-kilang di seluruh negeri itu.
Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Tiada ulasan: